Tentang Kami

btclogoBreakthrough Consultant ditubuhkan pada tahun 2012 dengan iltizam untuk menjadi sebuah syarikat penyedia latihan yang unggul dan menepati keperluan para pelanggan. Setiap program dirangka dengan teliti dari segi pengisian dan penilaian sentiasa dibuat dari semasa ke semasa bagi penambahbaikan.

Disebalik usia syarikat ini yang baru sahaja ditubuhkan, ianya diteraju oleh En. Abu Samah bin Mohd. Amin yang mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang latihan, pendidikan dan pentadbiran. Beliau juga disokong dengan barisan kakitangan dan penasihat yang berpengalaman luas dalam bidang kepakaran masing-masing.

Breakthrough Consultant juga telah mendapat kepercayaan banyak organisasi dan para jurulatih serta penceramah tersohor negara dalam menganjurkan program pembangunan modal insan yang dijalankan. Breakthrough Consultant juga telah merancang pelbagai lagi program sama ada berbentuk seminar, kursus atau pun bengkel dalam masa terdekat ini untuk terus memperkasakan modal insan di dalam negara ini.

Antara personaliti yang pernah menjalinkan kerjasama dengan kami adalah seperti:

  • Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Angkasawan Pertama Malaysia)
  • En. Fahrin Ahmad (Pelakon, Pengacara, Motivator, Trainer, Duta Produk Antarabangsa)
  • Imam Muda Asyraf (Juara Pertandingan Imam Muda Astro Oasis 2012)
  • YM Tengku Farith Rithauddeen (CEO SKALI dan Pemenang Most Outstanding Entrepreneur for 2008 oleh Asia Pacific Entrepreneurs Award (APEA) Organization)
  • Prof. Haji Mohd. Hanim Tahir (Motivator)
  • En. Zuhairi Mohd Nopiah (Motivator dan penulis buku dan peneraju modul Law of Universal ATTRACT!on)
  • Puan Shahizah binti Shaharuddin (Naib Presiden Kanan SKALI)
  • Dr. Azizuddin bin Mohd. Sani (Dean of School of International Studies, Universiti Utara Malaysia)
  • En. Abdul Latip bin Talip (Penulis Buku Sejarah Tokoh-tokoh Islam Tersohor)
  • En. Amin Idris (Motivator dan Personaliti TV Al-Hijrah)
  • En. Azmi A. Bakar (Motivator)
  • YBrs. Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (Motivator dan Penulis Buku Motivasi Bestseller)
  • Cik Diana Amir (Pelakon, Pengacara, Motivator)
  • Cik Heliza Helmi (Penyanyi, Duta Produk Antarabangsa)
  • Puan Lisa Surihani (Pelakon, Duta Produk Antarabangsa)
  • Ustaz Kazim Elias (Tokoh Penceramah Bebas)
  • En. Nazril Idrus (Pakar Perunding Kewangan)

dan ramai lagi…

Dengan jalinan hubungan kerjasama yang luas, Breakthrough Consultant sentiasa mempelbagaikan lagi jenis program yang dianjurkan merentasi pelbagai bidang seperti pembangunan diri, kejuruteraan, perakaunan, percukaian, fotografi, dan pelbagai bidang strategik yang lain.

Dapatkan Informasi Seminar Terkini!
  • Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan informasi terkini tentang seminar menarik dari kami.
Masukkan nama dan email di dalam borang di bawah.
Your name and email address will never be sold